--ROS--Pra-Praktikal--

Wif my friendzz Misz Mastura n akak2 from UPSI..
Rancangan Orientasi Sekolah(ROS)...kire Pra-Praktikal
la sblm prktikal nnti..

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

Saat ini pasti akan tiba...~~



____________________________________________________________

A-B-C dan Alif-Ba-Ta
Satu Dua Tiga dan Empat
Selalu Cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu Dua Tiga Empat 
Lima Enam Tujuh Lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima Enam Tujuh Lapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak,Cikgu!!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi...

______________________________________________________________


Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

Kasih Sayang

kasih sayang itu titi ,
kasih sayang penghubung hati,
kasih sayang itu tali ,
kasih sayang pengikat diri,
dari kasih sayang timbul simpati,
dengan sayang ada persaudaraan
kerana kasih ingin berkasih
saling sayang maaf memaafkan
kasih sayang itu baja
kasih sayang penyubur jiwa
kasih sayang itu penawar
penguat cinta
penghapus duka
kasih manusia sering bermusim
sayang manusia tiada abadi
kasih tuhan tiada bertepi
sayang tuhan janji - NYA pasti....amin

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

Masih Tentang Cinta

Aku tak ingin menjadikan cinta seperti senapang yg siap menembakku….
Aku tak ingin membuat cinta seperti longgokan arang yang hanya diam di tempat…
Aku tak ingin mengubah cinta seperti dedaunan…yang gugur lalu hilang bersama angin…
Aku takkan pernah menjadikan cinta sebagai sesal yg kekal membekas di hatiku…
Aku ingin cinta selalu ada
Menghias tiap celah hidup yg kulewati
Aku ingin cinta tetap hidup
Menjadi cerita indah yg akan ku kenang di masa tuaku
Aku ingin cinta itu bertahan
Hingga ajal datang menjemputku….
Hahhh….semua masih tentang cinta…
Semua masih terpesona oleh cinta…
Begitu pula diriku….yang memuja cinta di hatiku…
Selama ada kamu…selama itu pula aku akan selalu mengenal cinta…

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

Cinta & Anugerah

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

Cinta

Cinta itu merupakan suatu anugerah 
yg diberikan Tuhan kepada kita,
Cinta itu akan terasa indah..
Apabila kita saling mengasihi dan menyayangi..
Cinta itu juga dapat dirasakan dengan senyuman..
Kerana senyum adalah pesanan kebahagiaan 
yang paling cepat sampai ke hati..
Jangan menunggu bahagia untuk tersenyum..
Tetapi tetap tersenyum utk menjemput 

kebahagiaan dari cinta itu sendiri..
Terkadang cinta memang menyakitkan..
seperti terkena tusukan pisau..
walau sakitnya sebentar..
tapi akan terus kekal selamanya..
Jadi,janganlah kita berhenti daripada
mencintai orang yg kita sayang..
agar cinta sejati akan kita perolehi..
dan untuk mendapatkan cinta sejati itu susah..
kerana cinta sejati itu tidak memandang apapun..
melainkn kasih sayang dan perhatian 
kepada orang yg kita sayangi..

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

Harta Yang Abadi

Aku tak ingin harta dunia,kerana harta dunia cepat atau lambat pasti akan hilang dan tak akan pernah bisa ku bawa smpai mati.
Di dunia ini yang ku ingin hanyalah CINTA,CINTAyang tulus mencintai bisa membuat hidup ini menjadi begitu indah dan bererti,bagiku CINTA itu adalah harta yang paling berharga,akan selalu kekal abadi hidup di hati meskipun aku mati,cinta ini akan selalu ku bawa.

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie