DOA SEORANG ISTERI

Ya ALLAH...
Ampunilah dosa yang telah aku lakukan
Limpahkanlah aku dengan sifat sabar yang tiada batasnya
Berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Peliharalah aku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangatku untuk menempuhi segala perintah-Mu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya ALLAH...
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arasy
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu
Kurniakanlah aku sifat dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Syurga-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat dan tawaduk' akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati-Mu
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya

Ya ALLAH...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu

Ya ALLAH...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala dugaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Ya ALLAH Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang Solehah
Isteri yang sentiasa di hati SUAMI
Amin, Ya Rabbal'alamin...

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

10 comments: