*Dengki*
Dengki adalah antara sifat mazmumah. Dengki ialah sikap tidak senang dengan kenikmatan yang diperoleh orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu daripada orang tersebut, baik dengan maksud agar kenikmatan itu berpindah ke tangan sendiri atau tidak.
Sifat apakah ini???
Manusia sekiranya telah terhinggap penyakit dengki seperti ini, maka timbul dalam hatinya niat jahat untuk menghilangkan kenikmatan yang telah diperoleh orang lain, dan dengan berbagai-bagai tipu daya ia membuat bermacam gangguan demi untuk menghilangkan kurniaan yang diperoleh oleh mereka itu. Orang yang sedang dimusuhi oleh orang yang bersifat dengki perlu berhati-hati dan berwaspada, kerana kebiasaannya dengan diam-diam akan menghancurkan dan membuat fitnah dengan berbagai-bagai macam tipu daya. Dan si pendengki itu sendiri sebenarnya berasa terseksa batin seakan-akan ia tidak merasa nikmat sama sekali sehingga dalam batinnya terasa berperang melawan musuh yang tidak kelihatan, dan orang yang seperti ini jiwanya selalu berasa kurang terhadap apa sahaja dimilikinya.
"RENUNG2KANLAH...SELAMAT BERAMAL"
No comments:
Post a Comment