Persahabatan!!!

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: 
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut." :

** Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
** Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
** Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
** Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
** Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut
     kebaikan kamu.
** Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
** Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
** Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
** Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan 
     persahabatan.
** Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
** Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

"Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjatuhkan kita."
~Sekian~

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

No comments:

Post a Comment