---sifat sahabat yang baik----
1.Memiliki
akhlak dan budi pekerti yang baik yang membawa maksud seorang yang
disenangi,mempunyai akal yang baik,berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Contohnya menjaga solat,rajin memberi nasihat dan
sebagainya. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan
masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.
2.Menutup
keburukan dan kekurangan sahabat baik semasa kita ada ataupun
tiada. Tidak menceritakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika
dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita,dia akan menjaga
aib tersebut.
3.Memperbesarkan
kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya yang memberi maksud sahabat
kita sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin
berkongsi kesusahan ,kesedihan dan kesenangan bersama ,menjadi penghibur
waktu kita bersedih dan pelindung jika memerlukan. Sanggup mengorbankan
masa,harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya
4.Menyebut
kebaikan yang memberi maksud jika dia mendapat sesuatu kebaikan
daripada kita,dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak
pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya
5.Mudah
mengalah yang memberi maksud jika berlaku salah faham nescaya dia lebih
senang mengalah untuk menjaga hubungan persahabatan. Mengorbankan
perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya
6.Mendorong
kita mencapai kejayaan didunia dan juga diakhirat. Saling menasihati
sahabatnya berkenaan hal-hal dunia dan akhirat. Bersedia untuk menerima
nasihat dan menasihati.
-----sahabat yang x baik-----
1.Mementingkan
diri sendiri yang memberi maksud dia terlalu banyak meminta minta dan
sedikit memberi. Mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap
perkara. Keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada
kemewahan dan harta dunia.
2.Kaki
pengampu yang memberi maksud setiap perkara yang kita lakukan dia akan
bersetuju,tidak kira samaada perkara itu betul ataupun salah. Apabila
berhadapan ,dia akan memuji-muji kita namun dibelakang kita,dia
merendahkan-rendahkan atau mengutuk kita dan mungkin mengkhianati kita.
3.Pemboros
dan suka hiburan yang membawa maksud apabila seronoknya datang,dia
menjadi kawan yang setia. Dia senang menjadi sahabat jika kita suka
berfoya- foya,berkeliaran dan melepak pada bila-bila masa serta suka
ketempat-tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan.
4.Membuat
kan kita semakin jauh daripada Allah yang memberi maksud mengajak
supaya meninggalkan solat contohnya ataupun mengajak kita kearah maksiat
dan sebagainya
5.Suka
berbantah-bantah , jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan
satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk
menerima pandangan orang lain.
~Sekian~
No comments:
Post a Comment