Kehidupan..........

Kenapa Allah s.w.t menguji terlebih dahulu sebelum memberikan sesuatu yang sangat kita inginkan? Kerana Dia terlebih dahulu ingin menguji tahap kesabaran kita dan percayalah bahawa Dia juga telah mengatur sesuatu yang terbaik buat kita. Oleh itu, kita haruslah melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya, setiap orang mukmin hendaklah redha dengan segala apa yang telah ditentukan oleh Allah swt. Mereka hendaklah redha dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan olehNya. Selain dari itu setiap mukmin juga hendaklah redha dengan bala musibah yang diuji kepada mereka. Sememangnya bala musibah sering menimpa orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah. Ianya merupakan ujian ke atas seseorang insan, atau sebagai kaffarah dosa, atau sebagai penambah amalnya. Mungkin juga ujian itu sebagai peringatan kepadanya agar segera berhubung dengan Allah. Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya hikmah dan rahmat kurnia Allah dalam bala musibah itu. Tentunya itu kerana lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sekiranya kita tidak bersabar dan redha sebaliknya memberontak dan berpaling di saat mendapat bala musibah tetapi menerima kenikmatan dengan tamak dan rakus maka jelaslah perihal diri kita terhadap diri sendiri. Betapa lemahnya benteng keimanan lantaran tidak teguh di dalam menghadapi ujian sedemikian. Seandainya kita bersabar dan redha maka itulah sifat yang amat dicita-citakan. Dalam hal ini Allah swt di dalam Al-Quran berfirman:

“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang
yang sabar dan tidak dianugerah melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.”

"Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian Allah sahajalah yang akan
berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan
kebesaran daripada Allah pada saat-saat bala musibah itu, yang kadang-kadang
tidak bisa didapati dengan sembahyang dan puasa."

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

2 comments:

  1. assalamualaikum aein...semoga setiap hari yang kita lalui dalam hidup ini akan menjadi satu pengalaman yang amat berharga dan ianya membuatkan kita sedar yg setiap kehidupan itu akan ada satu nikmat dan hikmahnya...insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam mama...ain pon rase mcm tu..
      Pe yg berlaku dlm setiap hari2 kite
      membuatkan kt sntiasa berfikir & trus b'fikir..
      Ade hikmah disebalik sesuatu itu..insyaallah..
      Tq MAMA...

      Delete