KEDUDUKAN ANTARA BAPA MERTUA TIRI DENGAN MENANTU TIRI

 1- Kedudukan bapa mertua adalah tidak sama dengan bapa mertua tiri. Hubungan bapa mertua dengan menantu perempuannya adalah hubungan mahram,  manakala hubungan di antara bapa mertua tiri dengan menantu tiri adalah sebaliknya. Pengharaman kepada bapa mertua berkahwin dengan menantunya adalah bersifat selama-lamanya (muabbad), manakala bapa mertua tiri dengan menantu tirinya adalah bersifat sementara.

2- Di dalam kitab مغنى المحتاح   karangan syeikh khatib as-Syarbini menyatakan sekiranya suami kepada perempuan tersebut meninggal dunia, tidak menjadi kesalahan kepada bapa tiri bagi suaminya untuk berkahwin dengannya kerana kedudukan isteri bagi anak tiri (menantu tiri) tidak sama dengan isteri bagi anak kandung (menantu).

3-Wajib bagi perempuan tersebut  sentiasa menjaga batasan auratnya seperti yang ditetapkan oleh syarak seperti mana ketika ia berhadapan dengan lelaki ajnabi yang lain. Dalam situasi sebegini juga tidak dibenarkan mereka berdua-duaan kerana jelas mereka bukanlah mahram.

4-Sering menjadi persoalan, dalam situasi sebegini adakah apabila mereka bersentuhan akan membatalkan wuduk. Hukum tersebut jelas termaktub di dalam kitab-kitab fikh. Ulama Syafie menyatakan, apabila seseorang lelaki menyentuh kulit perempuan ajnabi tanpa berlapik menyebabkan wuduk kedua mereka terbatal (Minhaj at-Tolibin)



Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

No comments:

Post a Comment