Kuih Keria

Untuk sarapan pagi pun best jugak! 
tp sy buat untuk minum petang..
ofKoz special untuk En.SUAMI sy..

Bahan-bahan

500gm ubi keledek putih

1 cawan tepung gandum

Sedikit garam

3 sudu besar gula dan sedikit air 

 

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek hingga empuk bersama sedikit garam. 
  2. Toskan airnya.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn sedikit air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. 
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat. 
  12.  
     SENANG JEW, TRY LA (^_~)

Terima Kasih Thankz, Arigato, Shukriya, Salamot,Xie-Xie

No comments:

Post a Comment